- BerSahur adalah bahagian yang sangat penting dalam diet harian kita. Jika anda gemar ponteng bersahur, padaidik ingin berkongsi beberapa sebab mengapa anda dinasihatkan supaya ubah cara anda itu. Setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita sebenarnya kekurangan tenaga. Bersahur adalah penting untuk kembalikan semula tenaga yang hilang untuk anda mulakan hari anda seperti biasa.
Bersahur boleh menurunkan berat badan
Tahukah anda, bersahur boleh membakar kalori dalam badan? setelah seharian perut kosong secara tidak lansung boleh meningkatkan metabolisme dan bererti proses pembakaran kalori akan menjadi lebih efisen.
Bersahur mampu tingkatkan kemampuan otak
Kajian yang dibuat di Universiti Swansea Wales mendapati sebahagian tenaga dalam bentuk glukosa telah habis digunakan sebelum kita tidur. Oleh itu, bersahur yang mengandungi glukosa akan digantikan semula dan ia juga merupakan salah satu bahan yang sangat penting untuk otak yang cerdas.
Membantu dalam menunjukkan teladan yang baik
Jika anda mempunyai anak-anak, anda sentiasa mahu menunjukkan contoh yang baik bagi mereka. Dengan adanya sahur, masa anda akan menunjukkan kualiti kepimpinan melalui teladan.Mkalum la bagun pagi2...
Landasan yang betul untuk anda yang mahu menurunkan berat badan
Bersahur adalah ladasan yang betul sekiranya anda mahu atau berniat untuk menurunkan berat badan. Penyelidik telah mendapati bahawa orang-orang yang makan sahur lebih cenderung untuk mengekalkan dan mengurangkan berat badan.
Tingkatkan metabolisme badan
Paras gula dalam darah adalah rendah pada waktu pagi. Oleh itu, anda perlukan tenaga untuk mengimbangkan semula paras gula dalam darah. Anda perlu makanan yang boleh beri tenaga diwaktu pagi untuk memastikan metabolisme anda sentiasa berterusan. Sebaiknya-baiknya, anda harus bersahur..