Ini kerana rutin harian ini membantu meningkatkan penampilan untuk jadi lebih yakin untuk menjalani waktu seharian anda.
Biar 'mandi burung' sekalipun gara-gara terbangun lewat, pastikan anda mencuci wajah anda dengan pencuci yang berkualiti serta mengandungi 2% asid salicylic kerana ia membantu membersih kulit anda sehingga mendalam. Untuk memberi wajah lebih segar, pori tertutup dan anjal setiap pagi, basuh muka dengan air sejuk.
Bersihkan gigi
Meskipun ramai yang tertanya-tanya sama ada lebih baik memberus gigi sebelum atau selepas makan, tetapi memberus gigi setiap pagi adalah penting untuk memberikan senyuman yang menarik serta nafas yang segar. Membersihkan mulut bukan sekadar memberus gigi tetapi membuat rawatan gigi setahun sekali.
Bercukur
Wanita lebih gemar wajah yang bersih selepas melakukan pencukuran. Jangan biarkan hari-hari anda dalam seminggu tidak melakukan proses pencukuran kerana wajah seseorang boleh berubah hanya kerana misai mahupun jambang! Mungkin ada yang berpendapat jambang memberi rupa yang menarik tetapi fikirkan semula kerana wajah bersih adalah ekspresi pertama orang melihat anda.
Menyembur minyak wangi
Menyembur pewangi setiap hari bukan sahaja memberi anda kesegaran minda tetapi membuatkan anda mempunyai bau badan atau 'trademark' bau tersendiri. Pewangi yang sama akan membuatkan buah hati anda cukup mengenali karakter diri anda. Untuk tampil bertenaga, penuh wangi dan yakin sepanjang masa, padankan pewangi bersama deodoran, 'cologne' dan sabun supaya bauan lebih serasi.
Minum minuman berkafein
Kopi hitam, teh hitam atau teh hijau cukup kaya dengan sumber antioksida yang membantu mengekalkan anda sentiasa muda. Menurut kajian, mengambil minuman ini setiap hari dalam kuantiti sederhana mampu membantu merendahkan risiko dementia yang menjadi punca pembentukan kanser. Malah, secawan minuman berkafein membantu pagi anda lebih bertenaga untuk memulakan hari baru.
100 kali 'push up'
Ia mungkin alasan biasa tapi hasilnya amat luar biasa. Melakukan 100 kali senaman 'push up' setiap pagi sebelum memulakan tugasan akan memberikan anda perut yang berotot dan 'bicep' yang kuat seperti yang digila-gilakan ramai wanita. Malah, senaman setiap pagi ini turut membantu memperbaiki postur badan di mana ia membantu anda lebih tinggi dan yakin.
Jangan tinggalkan sarapan
Bayangkan jika tubuh anda ibarat sebuah mesin yang memerlukan minyak untuk bertindak dengan sempurna. Begitu juga dengan anda yang memerlukan sumber tenaga hasil dari sarapan yang anda ambil setiap pagi. Kombinari terbaik untuk sarapan adalah protein, bijirin seperti oat yang dicampur dengan hirisan buah, yogurt atau telur dadar bersama sayuran. JIka anda terlewat sekalipun, kisar buah-buahan bersama susu atau jus dan campurkan satu sudu serbuk protein.
Diharap dengan tip-tip ini dapat membantu anda menjalani kehidupan seharian anda. Selamat mencuba!