Kita harus mengimbangi kerjaya dan kehidupan, apakah yang boleh kita lakukan bagi mendapatkan semula masa untuk diri sendiri, keluarga dan untuk bersosial?
Adakalanya, kita perlu bekerja lebih masa untuk menyiapkan tugas namun ini tidak seharusnya menjadi kebiasaan. Anda tidak perlu terus berada di pejabat selepas tamat waku bekerja. Membiasakan diri untuk bekerja lebih masa sebenarnya tidak ideal – ia tidak bermakna anda lebih produktif (kerja anda sudah selesai, pulanglah pada jam 6! Ingat: esok masih ada) atau kurang produktif (anda memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyiapkan tugas berbanding rakan-rakan sekerja yang lain)? Apa yang penting adalah untuk bekerja dengan bijak, bukan dalam jangka waktu yang lebih lama.
2. Tiada gangguan pada hujung minggu.
Jangan bawa kerja ke rumah melainkan benar-benar perlu. Sekiranya perlu bekerja pada hari minggu, saya cuba membahagikan masa atau mengehadkan masa yang digunakan supaya dapat mengurangkan impak kerja tersebut ke atas hujung minggu saya. Buat apa yang perlu sahaja dan selesaikan selebihnya di pejabat. Jangan jawab panggilan telefon mengenai kerja, sebaliknya hantarlah pesanan ringkas atau emel.
3. Makan bersama.
Rancang aktiviti anda lebih awal. Adakah anda akan berada berhampiran pejabat bekas rakan sekerja atau seorang sahabat? Bolehkah anda makan tengahari bersama mereka? Beritahu keluarga hari apa dalam minggu tersebut anda boleh makan malam bersama mereka supaya ia menjadi janji dan kemudiannya suatu kemestian yang sukar untuk dibatalkan. Beritahu majikan: “Saya ada makan malam bersama keluarga pada hari X, Y dan Z tetapi saya boleh menyiapkan sebarang kerja yang tertangguh pada hari A dan B.”
4. Jangan bekerja ketika bercuti.
Jangan ubah rancangan ketika bercuti hanya kerana anda perlu menerima panggilan penting dari pejabat. Sekiranya ia tidak dapat diselesaikan dengan menjawab telefon atau emel, beritahu mereka di pejabat bahawa anda memerlukan masa untuk menyiapkannya. Sebarang tugas biasanya boleh ditangguhkan melainkan benar-benar kritikal. Hadkan masa untuk menjawab emel dan panggilan telefon sekali di waktu pagi dan sekali di waktu malam. Anda tidak perlu berbual panjang dengan rakan sekerja di Whatsapp ketika bersiar-siar!
Senarai di atas bukanlah panduan tetap (anda perlu berbincang bersama majikan mengenainya), namun ia bertujuan untuk membantu anda menyesuaikan keperluan kerja dalam mencapai keseimbangan kerjaya dan kehidupan. Masa untuk diri sendiri, keluarga dan untuk bersosial adalah lebih penting dalam tahun 2014 ini (dengan kos hidup yang meningkat, gaji yang tidak meningkat, kualiti hidup yang menurun). Mengetahui cara menguruskan masa bagi kerjaya dan diri sendiri serta orang yang tersayang adalah antara syarat untuk mencapai tenaga kerja yang lebih gembira dan mengurangkan penghalang untuk mencapai status negara membangun.
Sumber: klu x silap wanista.......