1. LATAR BELAKANG KETURUNAN. Terdapat beberapa jenis kekurangan yang disebabkan oleh keturunan. Mereka lahir bersama beberapa kekurangan yang tidak dapat dielak. Walaupun begitu, satu daripada kaedah yang dipanggil 'Kumpulan Pemikir' dapat digunakan. Halangan ini adalah satu-satunya halangan yang sukar diatasi oleh seseorang.
2. TIDAK BERCITA-CITA MENJADI LEBIH BAIK. Mereka tidak mahu menjadi lebih baik dan tidak mahu buat sesuatu supaya berubah.
3. PENDIDIKAN YANG TIDAK MENCUKUPI . Kekurangan pendidikan boleh menjadi punca kegagalan, namun masih boleh diatasi. Akan tetapi Ijazah sahaja tidak cukup bagi menjadikan mereka berjaya. Pendidkan tidak hanya tertakluk kepada pemgetahuan yang dipelaji, sebaliknya ilmu iu perlu dilaksanakan secara berkekalan.
4. TIDAK BERDISPLIN. Displin terbentuk kerana adanya kemampuan mengawal diri. Ini bermakna kita sebenarnya dapat mengawal diri daripada terjurumus ke dalam perkara-perkara negetif. sebelum dapat mengawal keadaan sekeliling, kita perlu kawal diri sendiri terlebih dahulu. Mengawal diri adalah sesuatu kerja yang sukar. Kegagalan menwujudkan kawalan diri dapat menyebabkan kita menjadi terbelenggu selama-lamanya dengan rantai kegagalan. Lihat apa sebenarnya yang mengawal diri dengan memandang kepada cermin. Adakah kita benar-benar mampu melakukan perkara yang sepatutmya bagi mendapatkan apa yang diinginkan?
5. TIDAK MEMPUNYAI TUJUAN HIDUP YANG JELAS. Mereka yang tidak mempunyai keinginan hidup, cita-cita yang ingin dicapai atau sasaran matlamat yang jelas, tidak mempunyai harapan untuk berjaya. \
6. PENYAKIT. Tiada sesiapa yang dapat menikmati kejayaan tanpa kesihatan yang baik. Kebanyakan punca penyakit adalah disebabkan oleh gagalnya mengawal dan menguasai. Perkara yang harus dikawal adalah.
> Terlalu banyak makan tarutama makanan yang tidak berkhasiat.
> mempunyai tabiat berfikiran negetif.
> Senaman fizikal yang jarang dilakukan.
7. FAKTOR SEKELILING YANG TIDAK BAIK SEWAKTU MEMBESAR. sekiranya pokok yang sedang membesar sentiasa dibaja dengan bahan-bahan yang terbaik. Ia tentu bakal membesar menjadi pokok yang terbaik. Ini bermakna, perkara buruk yang berlaku sewaktu kecil juga mempengaruhi kejayaan.
8. BERTANGGUH-TANGGUH. Sikap ini kerap berlaku dan menjadi punca penhalang kejayaan. ia seperti makhlik perosak yang bersembunyi dalam bayang-bayang dan menunggu hendak merosakkan peluang kejayaan yang ada pada diri seseorang. Ramai antara kita asyik menunggu-nunggu masa yang tepat sebelum melakukan sesuatu. Namum 'MASA YANG TEPAT' itu tetapi tidak tiba. Sehungga kini, mereka masih lagi belum melalkukan perkara baik yang ingin dilakukan kerana masih menunggu. Oleh itu, usah bertangguh. Kita tidak akan pernah berjumpa 'masa yang tepat'. Mulakan sahaja dengan apa yang ada. Perkara-perkara yang menjadikan sesuatu itu 'tepat' akan datang dengan sendiri apabila dimulakan.
9. KURANG DAYA TAHAN. Ramai yamg gagal kerana menjadi 'pemula' yang baik, tetapi menjadi 'penamat' yang teruk. Ada juga yang terus berputus asasebaik sahaja bertemu dengan halangan. sikap berdaya tahan tidak boleh diganti dengan sikap-sikap lain. Kegagaln yang terjadi hanyalah bersifat sementara pabila kita bermula semula, lalu mendapat kejayaan.
10. SIKAP NEGETIF. Sikap negetif yang diamalkan menyebabkan kita tiada harapan untuk berjaya. Semua perkara yang berada di sekeliling dikatakan tidak baik dan bermasalah. Orang sekeliling menjauhkan diri sekirang kita bersikap seperti ini. Kejayaan dicapai melalui kuasa dan kuasa itu puladapat diperolehi melalui kerjasama. Orang yang bersikap negetif tidak mudah mendapat kerjasama daripada teman sekerja dan rakan niaga.
Sambung part 2............