Walau di mana sahaja tahap kita berada sekarang, kita masih boleh berubah dan berjaya dalam hidup kita. Masa yang lepas biarkan ianya lepas. Jadikan ianya sebagai pengajaran yang berguna dalam hidup kita. Kita masih ada masa lagi pada hari ini untuk melakukan sesuatu yang boleh mengubah nasib diri kita. Kita masih ada masa untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam apa sahaja kerja yang kita lakukan pada hari ini. Teruskan berusaha dengan penuh semangat yang kita sebenarnya boleh mengecapi kejayaan dalam hidup ini.
Orang yang berputus asa adalah orang yang rugi. Memang benar tersangatlah rugi bagi orang yang mudah berputus asa dalam hidupnya. Tidak ada orang yang dapat membantu jika mereka telah berputus asa dalam hidupnya. Kita sepatutnya jangan mudah berputus asa walaupun telah banyak kali kita gagal dalam hidup ini. Kegagalan adalah satu ujian dalam hidup ini. Lihatlah kepada orang-orang yang telah berjaya. Mereka juga pernah gagal dalam hidup mereka. Jadikan kejayaan mereka sebagai pencetus semangat untuk terus berjaya.
Tambahkan ilmu untuk berjaya
Usaha tanpa ilmu adalah sia-sia. Apakah sebab utama kegagalan? Sudah tentunya kurangnya ilmu. Bagaimana untuk berjaya? Pastinya perlu tambahkan ilmu
Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan kepada meningkatkan ilmu kita sendiri tidak kira dalam apa jua bidang. Ia dikatakan terdapat persamaan antara ilmu dan pendapatan. Lebih tinggi ilmu yang dimiliki, lebih tinggi peluang untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Zaman kini, mendapatkan ilmu adalah amat mudah. Ia sama ada mahu atau tidak sahaja. Informasi semuanya terdapat di hujung jari untuk melayari informasi di Internet yang penuh dengan ilmu. Satu statistik yang saya dapat ketika menghadiri sidang perniagaan Internet di London semalam adalah, maklumat di Internet sekiranya dicetak pada kertas dan dikumpulkan menjadi satu timbunan kertas, ia akan menjadi sejauh 27 kali jaraknya ke bulan! Tiada lagi alasan tidak mencari ilmu oleh kerana terdapat banyak ilmu di Internet bagi mereka yang ingin mencari.
Banyakkan membaca dalam bidang anda untuk meningkatkan ilmu. Pelajari daripada mereka yang mengetahui dalam bidang anda dan jangan henti mencari ilmu. Apabila mendapat ilmu, pastikan anda mengaplikasikannya untuk mendapat keputusan terbaik!
Kemahuan untuk berubah
Melakukan perkara yang sama, pastinya akan memberi keputusan yang sama. Untuk berjaya perlukan perubahan sama ada dari cara kita melakukan sesuatu, cara pemikiran dan juga perubahan tabiat.
Fikirkan dan gambarkan keadaan kewangan kita hari ini. Adakah kita berpuas hati dengan keadaan kewangan kini? Fikirkan juga keadaan keluarga, suami, isteri, ibu, bapa atau anak-anak. Bagaimana keadaan kewangan kita hari ini akan menjadi sama sahaja dua, lima atau 10 tahun akan datang sekiranya kita tidak berubah. Malah, mungkin akan menjadi teruk lagi oleh kerana makin lama, kos sara hidup semakin meningkat dan sekiranya kita tidak berubah untuk menampung kenaikan kos sara hidup, pastinya keadaan kewangan dan kekayaan kita akan menjadi lebih teruk lagi dua, lima atau 10 tahun akan datang.
Mereka yang berjaya adalah mereka yang mengambil tanggungjawab untuk berubah ke arah kebaikan dan sentiasa memperbaiki diri untuk mencapai sesuatu yang lebih baik lagi. Segalanya tidak akan menjadi sekiranya tiada kemahuan di dalam diri sendiri.
Lihat sahaja di keliling, pastinya ramai yang mempunyai ilmu. Ramai juga yang berpendidikan tinggi. Tetapi, adakah ia mencukupi? Pastinya anda mengenali mereka yang mempunyai penidikan dan ilmu yang tinggi, tetapi kekayaan tetap pada takuk lama. Sebabnya adalah, tiada kemahuan untuk berubah. Ilmu sahaja tidak mencukupi. Ilmu yang diaplikasikan dengan betul adalah lebih penting lagi.
Bagaimana pula mereka yang kurang ilmu? Pastinya peluang untuk berjaya dan menjadi kaya adalah kurang. Tetapi, dengan kemahuan untuk berubah di situ yang kita sering lihat kisah usahawan berjaya walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.
Kemahuan untuk berjaya dalam kewangan adalah umpama petrol untuk kereta. Tanpa petrol, pastinya kereta tidak dapat bergerak. Dengan petrol pada tahap tangki penuh setiap masa, ke mana sahaja kita dapat pergi tanpa henti!
Kesimpulan
Natijahnya, semua orang berpeluang untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Tidak kira jantina, umur, latar belakang, kekayaan adalah milik semua yang terus berusaha tanpa putus asa. Ilmu merupakan kunci mencapai apa sahaja kejayaan yang ingin dikecapi dan yang pentingnya adalah diri anda sendiri. Adakah anda bersedia untuk berubah untuk mencapai kekayaan yang anda impi-impikan?
****peringatan untuk diri sendiri*****
<<<<<SEMOGA ANDA BERJAYA DAN MEMBINA KEKAYAAN>>>>>
“Kita tidak dapat mengubah apa yang berlaku pada hari semalam, tapi kita boleh menjadikan hari esok lebih baik dari hari semalam.”