Tahukah anda terdapat satu hukum yang menyatakan bahawa setiap apa yang ada di muka bumi ini hanya akan saling tertarik antara satu sama lain hanya dengan sesuatu yang memiliki frekuensi yang sama.
Jadi sekiranya diri anda hanya memancarkan frekuensi kemiskinan, maka selamanya diri anda hanya menarik kemiskinan. Jadi kesimpulannya sama ada ketika ini keadaan anda berada dalam kemiskinan ataupun sudah meraih kekayaan segalanya adalah tanggungjawab anda sendiri.
Tidak perlu anda menyalahkan persekitaran, nasib atau individu yang berada disekeliling sebagai penyebab kepada kemiskinan dan kegagalan anda.
Percayalah bahawa kemiskinan itu hanyalah berpunca dari masalah persepsi, mindset, keyakinan, frekuensi, vibrasi dan energi yang anda pancarkan.
Yakinlah anda juga boleh berjaya, anda juga boleh kaya, bahagia, makmur dan memiliki apa saja keinginan anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah transformasikan diri anda bagi mencapai impian kejayaan dan kekayaan yang anda inginkan.
Tidakkah anda terfikir, terdapat ribuan pemain golf yang berlatih keras untuk berjaya, tetapi hanya Tiger Woods yang menjadi juara pada zamannya? Sama halnya dengan orang-orang yang melakukan perniagaan yang sama dengan teknik yang sama, tetapi hanya segelintir sahaja yang berjaya.
Tahukah anda, untuk meraih kekayaan dan meraih duit yang banyak bukan hanya bergantung kepada kerja kuat semata-mata. Walau sekuat mana pun anda bekerja, tanpa memiliki mindset, vibrasi dan frekuensi energi yang betul usaha anda tetap sia-sia.
Satu fakta penting yang perlu anda tahu bahawa duit sebenarnya adalah merupakan satu sumber energi dan jumlahnya tidak terbatas. Ianya sentiasa mengalir terus tanpa henti.
Jadi perkara paling penting yang perlu anda tahu ialah anda sebenarnya tidak pernah kekurangan duit selama ini kerana duit bagaikan sebuah sungai sumber kekayaan yang sentiasa mengalir di sekeliling anda.
Selagi anda tidak menyekat aliran duit, pasti duit akan terus mengalir kecuali ada gangguan atau kebocoran sumber. Jadi sekiranya anda mengalami masalah kewangan, atasinya segera sebelum ia terlambat kerana inilah kunci sebenar kepada kekayaan yang anda impikan!