Dalam perniagaan runcit keuntungan bagi satu barang antara 3 sen hingga 50 sen sahaja. Disebabkan peniaga menghargainya maka perniagaan dan keuntungannya berlipat kali ganda selesai beberapa tahun.
Dalam amanah saham atau saham nilai seunit saham dikira sehingga empat angka bagi nilai sen. Contoh harga seunit saham dibeli pada harga RM 0.2134. Kita hanya dapat menyebut nilai itu 21 sen sahaja. Sukar untuk memeberi nilai pada 34 dibelakang21 sen. Tetapi sekiranya harga saham itu meningkat kepada RM0.2413 (24 sen), Ramai pelabur gembira kerana mendapat untung berganda kerana beza 3 sen itu dan mereka telah memilikinya sebanyak 500,000 unit.
Jika duit sen banyak di rumah bolehlah ke Tabung Haji atau Perbankan Islam untuk dimasukkan ke akaun sendiri. Atau kita sedekahkan 10 sen setiap kali sembahyang jemaah masjid atau surau kita. Allah berfirman keuntungan berlipat kali ganda pahala bersedekah ibarat sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji (Al-Baqarah 261). Nabi bersabda ”Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” ( Al-Baihaqi )