Sebagai manusia yang licik dan bernafsu, kita pasti ada tabiat eksklusif yang hanya hadir pada bulan Ramadhan. Ayuh teruskan membaca.
1) Hangat-hangat tahi ayam
Hangat-hangat tahi ayam bermaksud semangat berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu aktiviti pada permulaan sahaja. Peribahasa ini memang sesuai sekali untuk diaplikasikan di dalam bulan Ramadhan. Bagaimanakan seseorang itu boleh dibandingkan dengan tahi ayam? Well pertama sekali sudah pastilah solat terawih. Hari pertama solat terawih, fuihhh memang penuh surau.
Namun begitu graf kehadiran di surau untuk solat terawih berkadar terus dengan minggu puasa. Minggu pertama, saf bersambung sehingga ke jalan raya. Minggu kedua, dah tak ada orang solat di luar surau. Minggu ketiga, bilangan saf dah jadi separuh. Minggu keempat, tak pasal-pasal kau kena jadi Imam sebab semua orang dah balik kampung termasuklah Imam official.
Semangat padu di awal musim ini bukan setakat dalam solat terawih, ibadat puasa pun sama juga. Hari pertama orang yang Iman rapuh pun puasa. Tapi dekat tengah-tengah puasa jumpa pula kawan syaitan, kita pun terpengaruh makan megi kari bersama.hehehe
2) Pembaziran
Walaupun semua iblis dan syaitan telah dirantai di bulan Romadhon, kita masih ada nafsu. Especially perempuanlah sebab diorang ada sembilan nafsu. Nafsu beg tangan pereka, nafsu tudung , nafsu mekap Bobbi Brown, nafsu emas Poh Kong, nafsu Madela Breast pump, nafsu membebel, nafsu membebel, nafsu membebel dan nafsu makan. Tapi di bulan Ramadhan ini semua nafsu tersebut bergabung menjadi satu nafsu makan yang besar, Orang lelaki pun sama juga, dengusan syahwat mereka bertukar menjadi dengusan kelaparan di perut.
Maka kita pun dengan penuh bernafsu datang ke bazaar Ramadhan untuk membeli 14 juadah berbuka. Memang rambang mata melihat pelbagai jenis makanan dan mungkin nampak lurah gadis yang tidak menjaga aurat berat mereka. Nampak murtabak, huiii beli beli. Nampak nasi minyak, huiii best ni. Nampak ayam golek, serenderrrr. Nampak pulak popia basah, 5 keping bang! Itu tak masuk air dari pelbagai jenis warna dan rasa lagi. Tapi bila dah berbuka, makan kurma ajmain Yusuf Taiyoob je dah kenyang. Begitulah nikmat puasa, makan dan minum sikit pun dah gembira di perut. Habis tu juadah berbuka yang kita beli tadi nak buat apa? Bagi kucing makan saja.
3) Penyakit lama datang kembali
Bila puasa tiba, penyakit tahunan pun datang juga. Apa itu penyakit tahunan? Menurut kamus perubatan Universitas Gadjah Mada di Indonesia, penyakit tahunan adalah penyakit kronik yang datang secara tiba-tiba pada waktu tertentu di mana penghidap penyakit tersebut tidak boleh berpuasa kerana bimbang dengan keadaan kesihatan mereka. Antara penyakit tahunan yang popular adalah gastrik, kanser perut, kekeringan air di dalam badan ataupun kitar haid yang tidak menentu.hehehe
4) Meniru gaya perangai artis
Antara tabiat mulia artis tempatan yang harus ditiru adalah tabiat pergi menunaikan umrah. Tapi kita orang biasa tak dapatlah nak riak beritahu semua orang kita nak pergi umrah di Melodi, meletup, galaksi dan sewaktu dengannya. Gaya artis lain yang tidak elok ditiru adalah gaya memakai tudung separuh di bulan Ramadhan sebelum kembali memakai tudung hanya di dada selepas berakhirnya puasa.
5) Berniaga secara maya
Di zaman High Speed Broadband ini semua benda boleh dilakukan secara maya. 1 Ramadhan, kita tiba-tiba mendapat banyak notifikasi di emel memberitahu aktiviti yang berlaku di laman web sosial seperti Fesbuk, G+, twitter dan banyak lagi kalau nak tulis rasanya tak cukup ruangan. Tapi bila login ahhhh rupa-rupanya mereka telah mengetag anda kepada gambar kuih samperit, jahitan labuci M Daud Kilau untuk baju raya, mahupun tiket bas bagi mereka yang terdesak tiada tiket. Hey hey jangan tag sebarangan hoccay nanti kena unfriend. Hakhak…
6) Puasa tapi...
Puasa tapi tak solat.
Puasa tapi mengumpat dengan rakan sepejabat.
Puasa tapi menjeling lurah dendam mahupun punggung rakan sepejabat yang mengumpat dengan kita tadi lebih daripada sekali.
Puasa tapi mencarut ringan dan berat ketika memandu di dalam kesesakan lalulintas.
Apa yang ditulis tiada kena-mengena sama ada yang idup mahupun yang telah mati. Kalau ada yang terasa I’m Sorry. Bersama-samalah kita bersabar dan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajaq siddiq sehingga terbenamnya matahari.