Sufi merasakan dirinya dalam kategori penjimat. Apa yang dibelinya dirancang dengan rapi. Jarang sekali Sufi membeli yang tidak tidak. Kalau ada pun sudah tentu untuk ibu-ayah dan adik-adiknya yang bertiga di kampung
itu. Apapun Sufi hairan, begitupun beliau sering rasa tidak cukup, dan yang paling mengharukan mengapa simpanannya masih di takuk sama.
Bayangkan tuan-puan itu yang terjadi kepada Sufi. Bagaimana pula
dengan Kamal, Amir, Azlan dan Masyitah rakan-rakan sepejabatnya yang jelas agak pemboros. Yang jelas, mereka ada situasi yang sama, sering rasa tidak cukup malah tahap simpanan peribadi ’ke laut!’
Jawapannya masih sama untuk kedua-dua situasi berkenaan, wang
mereka bocor! Jika mahu disenaraikan semua ’mengapa bocor’, maka boleh lengkap penulisan sebuah buku. Maka di ruangan saya kali ini, dikongsikan empat sebab ‘mengapa bocor’.
Inilah sebab utama rasa ketidakcukupan itu berlaku! Walaupun bukan perkara baru diketahui hari ini, ia memang jarang diamalkan dan diabaikan. Antaranya berapa ramai yang
sujud syukur pada hari gaji? Elok juga kita pasakkan di minda
kita dan disemat di sanubari firman Allah swt ini :
”Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan
tambahkan nikmat-Ku lagi kepadamu dan sekiranya kamu
kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”. Surah Ibrahim
14:7.
Dapatlah kita ambil peduli di sini, mengapa kewangan kita
sering bocor ialah kerana ia tidak bertambah. Mengapa
tidak bertambah? Sebab ia tidak disyukuri. Menjadi persoalan
juga, bagaimana cara bersyukur? Betul, tidak cukup dengan
bersujud syukur sahaja. Seperti kisah Adha dalam rencana
sebelum ini, wang pendapatan ialah amanah! Setiap satunya
nanti akan dipersoal semula ke mana dan bila dibelanjakannya.
Selain dari bersedekah, berbelanja kepada ilmu dan
sebagainya, satu cara paling berkesan untuk bersyukur ialah
dengan tidak membazir.
Di dapur tuan-puan pasti ada sebarang bekas bukan? Ambil
sebuah bekas tersebut, tuan-puan tuangkanlah air perlahanlahan
sehingga penuh melimpah. Maka basahlah sekitar
bekas itu bukan?
Itulah perumpaan untuk sebab kedua bocornya wang. Bekas
ialah minda. Air adalah wang. Air yang melimpah itu adalah
wang yang bocor. Minda yang sempit ibarat bekas yang
kecil. Ia tidak boleh menampung wang yang banyak kerana
ia sempit.
Inilah penyakit utama masyarakat. Semakin tinggi teknologi, semakin tinggi pula angan-angan. Tidak bermakna salah berangan-angan, tetapi jika asyik berangan, jadilah buah
berangan. Mana tidaknya, nampak kelibat BMW angannya ke BMW, nampak pula Audi angannya ke Audi pula. Itu belum lagi berangan nak berkahwin ala-ala Prince William.
Nawaitu ataupun niat menyebabkan tenaga dan penumpuan
dipusatkan. Elemen pengurusan kewangan bermula dengan
menuliskan angan-angan kepada matlamat. Contohnya tertulis
di atas kertas, ’Saya Sufi Bt Ikrima, ingin mempunyai simpanan
peribadi sebanyak RM5,000 pada Disember 2011 ini.” Maka
jelaslah nawaitu, tenaga mula tertumpu ke situ. Jika tidak ia
akan mula tertumpu ke Jusco ataupun Sogo pada bulan-bulan
tertentu.
“keselesaan membunuh”. Selesa membunuh tenaga, membunuh idea, membunuh peluang, membunuh simpanan dan membunuh masa depan. Perkataan paling popular yang
selalu disebutkannya ialah “Tidak mengapa”.
Ini bagi membuktikan kebenaran mengapa ada juga
tuan-puan yang banyak sudah membaca dan menghadiri
seminar berkaitan kewangan masih lagi bocor wangnya. Apabila
ditawar peluang pelaburan amanah, “Tidak mengapa”.
Bila dia tawar peluang hartanah, “Tidak mengapa”. Ditambah
lagi dengan, “Cukuplah apa yang ada, asal hutang aku berbayar,
dan tidak meminta-minta”.