Ramai telah mengetahui tentang Hukum Tarikan dan ramai juga yang mengadu mengatakan Hukum Tarikan tidak berkesan. Kenapakah ini berlaku?
Sebenarnya , Hukum Tarikan merupakan satu hukum Fizik yang ditetapkan oleh Allah(Tuhan) dan tidak pernah gagal, sama seperti Hukum Graviti. Masalahnya, kebanyakan kita ( termasuk saya sendiri…hehe ) tidak mengenali kepentingan EMOSI dalam HUKUM TARIKAN
Seseorang mungkin berpendapat dia sedang berfikiran positif , sedangkan dia sedang berfikiran negative. Ini adalah kerana setiap hari ada beribu – ribu fikiran yang terlintas dalam fikiran kita. Kita tidak mampu mengawal semua fikiran ini dan memastikannya sentiasa positif. Jadi bagaimana kita hendak mengetahui samada kita berfikiran positif atau negative? Jawapannya ada lah dengan merujuk kepada EMOSI kita.
Apabila kita mempunyai EMOSI POSITIF , maknanya kita sedang BERFIKIRAN POSITIF. Contoh emosi positif adalah gembira, tenang , lega, bersyukur dan sebagainya. Jika ianya positif, maka anda sedang berfikiran positif. Jika emosi anda negative, maka anda sedang berfikiran negatif. EMOSI NEGATIF seperti takut, marah,geram, risau, dan sebagainya menunjukkan kita sedang BERFIKIRAN NEGATIF. Jadilah rujuklah pada emosi anda pada setiap masa.Jika kita mempunyai emosi positif , maka kita sedang berfikiran positif . Jika kita beremosi negatif, maka kita sedang berfikiran negatif.
Jika kita mempunyai emosi positif seperti gembira, tenang, lega bersyukur dan sebagainya, maka ini menunjukkan orang itu berfikiran positif. Sebaliknya, jika seseorang itu mempunyai EMOSI NEGATIF seperti marah, geram, takut, sedih, risau dan sebagainya maka dia sedang berfikiran NEGATIF. Emosi Negatif ini merupakan amaran dari Allah (tuhan) bahawa dia sudah menyimpang dari jalan yang betul (seperti bunyi amaran dari system panduan GPS kereta apabila kita silap jalan). Kita perlulah berbuat sesuatu serta – merta supaya emosi kita menjadi positif. Barulah maknanya kita berada dijalan yang betul menuju kejayaan.
PENDEKATA, SATU CARA TERBAIK UNTUK MEMASTIKAN KITA MENUJU KEJAYAAN ADALAH SENTIASA BERGEMBIRA, SENTIASA BERSYUKUR DAN MENUMPUKAN PERHATIAN PADA PERKARA POSITIF.
Disamping itu jangan lupa Hukum Tindakan dan Tindakbalas yang mengatakan setiap tindakan kita ada tindakbalasnya Jadi untuk mencapai kejayaan , pastikan kita sentiasa mempunyai emosi positif seperti gembira dan sentiasa melakukan kebajikan. Maka kita pasti (berjaya dengan izin NYA ).
Dengan memakai minyak wangi dapat menghasilkan emosi positif seseorang.. :)