Oleh itu, jika keadaan ini berlaku kepada anda, salah seorang daripada anda sepatutnya memberanikan diri untuk bertanya dan berbincang mengenai hal-hal kewangan. Ini penting, jika tidak anda bukan sahaja akan dibelenggu dengan masalah kewangan, tetapi turut dibelenggu dengan masalah rumah tangga.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan:
- Jangan segan untuk bertanya kepada pasangan anda mengenai corak dan tabiat kewangannya seperti cara perbelanjaan, tanggungan hutang dan sejauh mana pasangan anda tahu mengenai pelaburan.
- Keluarkan sedikit bajet untuk membeli dan ambil masa untuk membaca buku-buku mengenai pengurusan kewangan atau berjumpalah dengan pakar perancangan kewangan untuk memperbaiki corak anda dan pasangan menguruskan kewangan.
- Ambil masa untuk berbincang tentang impian kewangan anda berdua serta bagaimana anda dan pasangan mahu menghadapi waktu-waktu persaraan kelak.
- Selain itu, anda dan pasangan perlulah berbincang tentang cara-cara bagaimana mahu meningkatkan hasil pendapatan dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan serta banyakkan menyimpan untuk masa depan.
- Dan apa yang paling penting sekali ialah bagaimana anda dan pasangan anda boleh melindungi diri dan keluarga sebagai jaminan apabila berlakunya musibah yang tidak dapat dielakkan. Contohnya mengambil perlindungan insurans seperti insurans kemalangan, insurans perubatan dan sebagainya.
- Bekerjasamalah untuk menguruskan kewangan anda dan jangan mengharapkan seorang sahaja yang menguruskannya.
- Tetapkan tarikh setiap bulan untuk mesyuarat bajet kewangan.