Insomnia ini ada yang bersifat sementara, jangka pendek dan kronik. Insomnia juga sering dikaitkan dengan tekanan perasaan atau gangguan emosi. Tekanan atau stress yang berlebihan adalah merupakan punca utama selain daripada pengalaman trauma, kecewa, pengambilan tembakau dan alkohol serta persekitaran yang tidak selesa.
Ramai ahli psikiatri percaya bahawa penyembuhan terhadap insomnia adalah bergantung kepada penyebabnya. Jika ianya adalah disebabkan oleh kebiasaan tidur lewat, maka penyelesaiannya adalah terapi untuk mengubah kebiasaan tersebut. Begitu juga jika ianya disebabkan oleh tekanan atau gangguan emosi maka kaunseling dan juga terapi relaksasi diperlukan.
Selain dari itu pengidap insomnia boleh melakukan beberapa perkara bagi membantu mendapatkan tidur yang nyenyak. Antaranya :
- Menjadikan persekitaran tidur yang selesa.
- Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur.
- Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.
- Elakkan tidur yang pada siang hari.
- Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur.
- Jika anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik yang lain sehingga anda terasa mengantuk.
- Dengar muzik yang lembut.
- Memakai stoking ketika tidur