1. Suka selesaikan masalah
2. Suka cari masalah
3. Lari dari masalah,
4. Selesaikan pun tidak, cari masalah pun tidak
Kita tak payah bincang berkenaan mereka yang berada di dalam kategori ke-3 sebab geng ni jarang-jarang menetap di sesuatu tempat dan jarang kekalkan lingkungan kawan rapat.
Mereka biasanya bila berdepan dengan masalah terus lari. Bila rasa susah nak belajar,berhenti belajar. Bila ada masalah dengan tugasan berhenti kerja dan cari kerja lain.
Dan lebih teruk lagi, bila ada masalah dengan kerja terus tak kerja. Hidup mengharapkan bantuan orang…
Suka selesaikan masalah
Ini kumpulan yang paling ramai berada di dalam industri pekerjaan di negara kita atau dimana-mana negara yang ada banyak peluang pekerjaan.
Bagi mereka, berikan tugasan sahaja, akan diambil dan otak di perah untuk mencari jalan bagi menyudahkan kerja yang diberikan. Mereka suka selesaikan masalah dan disayangi oleh para majikan atau boss.
Suka cari masalah
Ini kumpulan yang biasanya menjadi pengacau atau orang putih kata trouble maker dalam industri pekerjaan konvensional.
Bila diberikan tugasan, mereka ambil masa untuk selesaikannya. Biasanya tugasan akan diperharikan betul-betul dan difikirkan semasak-masaknya.
Orang macam ini akan kembali pada boss lalu berbagai persoalan akan dikemukakan sehingga mememingkan boss yang sikapnya jenis penyelesai masalah.
Apa yang perlu anda tahu tentang pembahagian kategori sikap yang saya sebutkan di atas?
Anda tentu sangka golongan terbaik adalah daripada kumpulan penyelesai masalah, betul tak?
Kalau masa zaman tak ada internet dulu, ketika dunia belum diletupkan dengan lambakan maklumat, anda mungkin betul.
Malah para majikan suatu masa dulu akan mencari pekerja di kalangan mereka yang jenis suka selesaikan masalah.
Tetapi sekarang tidak lagi!. Jika anda mahu ke depan melebihi orang lain dan berjaya lebih bagus daripada orang kebiasaan, anda perlu menjadi seorang yang suka cari masalah!.
Tak perlu terkejut, lihat sekeliling anda dan perhatikan mereka yang menjadi usahawan atau jurujual atau jurutera hebat.
Mereka yang suka cari masalah biasanya menjadi usahawan, jurutera terbaik, jurujual terbaik dan sebagainya terbaik.
Kenapa?
Kerana dunia sekarang menghendaki mereka yang mampu menunjukkan pada mereka masalah yang sebenar, dan bukannya masalah yang mereka sangkakan.
***peringatan untuk diri sendiri*****
<<<<<SEMOGA ANDA BERJAYA DAN MEMBINA KEKAYAAN>>>>>