Fakta berkaitan perempuan berotot agak sukar untuk mencari teman lelaki ada benarnya. Perkara itu membuatkan perempuan berotot sanggup tak kahwin dan ‘rela’ digelar anak dara tua.
Di luar negara, kebanjiran perempuan berotot tak hairan lagi kerana mereka mempunyai badan saiz besar berbanding wanita Asia. Bahkan ketinggian dan berat badan mereka lebih berganda daripada masyarakat di sini.
Jika kita lihat jurulatih sukan wanita luar negara, cenderung memiliki tubuh berotot dan lebih sasa, hingga tak dapat nak bezakan lelaki dan perempuan kerana saiz badan hampir serupa.
Salah satunya menerusi rancangan gusti yang hebat ditayangkan di Malaysia, di mana program televisyen itu bukan hanya disertai oleh kaum lelaki malah turut ada kaum wanita yang ‘lawan’ sesama jantina.
Isu ini agak janggal di negara kita dan payah untuk lihat wanita tempatan ada otot besar. Malahan akan jadi satu tanda tanya bila ada kaum Hawa pasang ‘niat’ untuk simpan otot lengan. Sedangkan di sini, lambakan produk kurus di pasaran untuk wanita tapi masih ada antara mereka ingin kelihatan sasa seperti lelaki.
Sumber : Harian Metro.