Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
- Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
- Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
- Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
- Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
- Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
- Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
- Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
- Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Antara Testimoni yang mereka2 mengamalkan surah ini.
Salam
Pengalaman saya beramal dengan Surah Al-Waqiah
Suatu ketika dahulu, saya mengalami masalah kewangan yang agak dasyat. Masalah kerja. Masalah rumahtangga. dan pelbagai masalah yang timbul berpunca dari masalah kewangan.
Sejak saya diperkenalkan dengan surah al-Waqiah ini, dan saya amalkan sehingga hari ini tanpa tinggalkan walau sehari… kini saya telah pun menghafalnya. Seringkali juga saya membaca surah ini ketika solat (sendiri / jadi imam).
Disamping itu, solat Dhuha juga jadikan amalan.
Allah Maha Kaya dan Luas dengan rezekinya. Saya telah menerima limpahan rezeki tanpa batas… Ketika itu saya tiada pekerjaan dalam masa 7 bulan saya tetap mendapat rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Saya memang bersyukur dengan KurniaanNya.
Pernah saya ditegur oleh kawan-kawan agar memperbaiki doa saya kepada ‘Ya Allah Limpahkan rezekiku mengikut kemampuanku’ kerana saya mendapat banyak peluang rezeki sehingga tak mampu menguruskannya… Segala pujian bagi Allah.
2. kahmadz
Alhamdulillah, saya juga sudah mengamalkan surah Waqiah ini. Ternyata dari tidak memiliki apa2 saya boleh membeli sebuah rumah yang saya tidak jangka saya mampu beli. Juga rezeki berubah setelah mengamalkan surah ini. InsyaAllah saya akan terus mengamalkannya disamping bersedekah kepada fakir miskin – yakni menolong orang yang susah. Sesuai dengan hadis nabi yang bermaksud “Sesungguhnya kamu ditolong dan diberi rezeki kerana (menolong) orang2 yang lemah (susah) dikalangan kamu”. Sebarkan kepada rakan, sahabat dan taulan. Amin.
3.mimi
Asalamualaikum…
Saya telah mengamal membaca surah alwaqiah setiap jari tanpa jemu sudah 6 tahun. Ada hari saya baca 3 kali selepas isyak, atau baca 1kali lepas asar atau baca 3 kali lepas magrib atau 1 kali selepas subuh. Ini kerana jadual kerja saya yang sibuk. Saya menjalankan perniagaan sendiri. Saya menjalankan perniagaan network marketing. Hasilnya perniagaan saya maju dan mendapat rezeki yang datangnya dari segenap pelusuk alam yang tidak di duga dan rezeki yang berlapis2. Wang banyak datang dan saya dapat keluar dari masalah kewangan. Disamping itu saya dapat menyelesaikan hutang2 rumah, kad kredit dan hutang peribadi. Setiap bulan saya dapat menyimpan dengan banyak di dalam bank. Rezeki makanan dan kesihatan pun bertambah. Allah s.w.t memudahkan segala urusan saya. Ramai orang senang berurusan dengan saya. Alhamdulillah sekarang saya semakin kaya dan kaya. Rezeki yang Allah beri kepada saya saya sedekah dan keluarkan zakat, membantu orang2 susah dan anak2 yatim. Saya juga mengamalkan solat sunat Dhuha setiap hari, sunat hajat , solat tahajud dan soolat taubat. Disamping itu saya juga menjaga solat, rajin membaca quran dan berpuasa isnin khamis. Selepas itu saya berusaha bersunggug2 dan bertawakal kepada Allah. Hasilnya Allah beri kekayaan kepada saya. Jadi amallah selalu surah al waqiah ini.
4.Alia
salam..
saya ingin berkongsi pengalaman saya. mula mengamalkan surah ini tahun lepas dan alhamdulillah dapat rezeki yg xdiduga. awal tahun ni saya ada web sendiri n bisnes sendiri. aliabeauty.com. walaupun saya baru pertama kali melibatkan diri dalam bisnes ni (zero knowledge) tetapi berkat dari amalan mengamalkan surah ini, dan bantuan dari rakan, bisnes saya menampakkan hasil walau dalam masa singkat. tapi kena ada usaha selain berdoa. amalan lain juga perlu dijaga dengan sebaiknya. syukur alhamdulillah. saya doakan anda juga berjaya.
alivewire
assalammualaikum,
Ini pengalaman saya sendiri. 5 tahun yang lalu saya di berhentikan kerja kerana masalah syarikat. Saya seorang Jurutera di sebuah syarikat swasta. Saya mengamalkan berpuasa sunat bermula dari hari khamis hingga hari jumaat (seminggu). Berbuka puasa dengan makanan yang tidak berdaging. Saya membaca surah Al-Waqiah sebanyak mungkin yang saya mampu pada setiap lepas solat setiap hari. Dan setiap lepas membaca Surah Al-Waqiah saya akan membaca doa Surah Al-Waqiah dan memohon hajat. Pada hari Jumaat, hari terakhir saya berpuasa, Alhamdulillah, saya mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat lama yang menawarkan kerja yang berpendapatan lebih baik dari kerja lama saya. . Selepas itu, bermula lah saya menulis blog ini untuk berkongsi ilmu.
wassalam.
alivewire.
5.azie_ummirahman
salam….semua
Subhanallah…Subhanallah…Subhanallah…
Amalan Surah Waqiah ni memang hebat dan benar. Saya pernah jatuh sakit dan terpaksa hidup menderita menumpang kesana sini. Namun setelah yakin dan amalkan Surah ini, kini hidup saya “seperti berjalan diatas angin”. Allah membuka hati seorang wanita kaya untuk menjadikan saya pembantu peribadi wanita itu. Rumah,gaji yang mencukupi,makan minum dan segala keperluan disediakan. Termasuk pembantu rumah….
Astaghfirullah…bukan untuk bermegah tapi ingin saya kongsi dengan pembaca apakah khasiat amalan Surah Waqiah ini setiap lepas solat maghrib….cubalah dan rasai kebesaran Allah serta Nikmat rezki yang berkah itu….Insya Allah
6.zain
saya selalu amalkan baca surah Al-Waqiah ini selepas solat subuh.Syukur saya pada-Nya,kerana setiap kali saya susah nak bayar hutang,tiba2 ada saja rezeki yang tak disangka2 datang.maklumlah kita banyak hutang spt rumah ,kereta,perabot dan anak sekolah lagi.Contohnya saya niaga sambilan(part time) tiba2 hujung bulan tengah kering poket,tiba2 ramai orang beli barang.Alhamdullilah.Senang kata poket tak pernah kering atau kosong.Disamping tu saya dah hafazan surah ini,surah Al-Mulk,surah As-Sadjadah,An-Naba dan sekarang dalam proses hafazan surah Yassin dan Surah Al-Isra serta surah Muhammad.
Fikiran saya sentiasa tenang sahaja,walaupun masaalah banyak dan mudah selesaikan satu persatu,Inilah kehebatan Al-Quran.
Do’a sesudah membaca Surah Al-Waaqi’ah
Allaahumma innii as-aluka bi haqqi suuratil Waaqiati wa asraarihaa an tuyassira li rizqii kamaa yassartahu li katsiirim min khalqika yaa Allaahu yaa rabbal –aalamiin. Allaahummarzuqnaa rizqam minas sama-i wal ardhi warzuqna wa anta khairur raaziqiin. Allahumma in kaana rizqunaa fis sama-a fa anzilhu wa in kaana rizqunaa ma-duuman fa jidhu wa in kaana rizqunaa –aasiran fa yassirhu lanaa wala tanqulnaa haitsu maa kaana bi fadl-lika wajuudika wa karamika bi rahmatika yaa arhamar raahimiin.
“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”
Semoga sama2 kita amalkannya......