Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi pada pos kali ini.
Sebelum saya meneruskan tentang cara menjana kejayaan melalui perubahan minda, saya ingin menerangkan sedikit tentang cara mengatasi dan mengelakkan masalah.
Apabila berfikir tentang masalah , jangan berfikir tentang masalah itu sendiri. Sebaliknya fikirkan tentang beberapa perkara yang boleh membantu MENGATASI DAN MENGELAKKAN MASALAH TADI.. Berfikir tentang cara mengatasi dan mengelakkan masalah tadi adalah berlainan dari berfikir tentang masalah itu sendiri . Berfikir tentang cara mengatasi dan mengelakkan masalah akan menghasilkan getaran positif dan menarik lebih banyak perkara positif dalam hidup kita. Kita juga sedang menumpukan perhatian pada perkara positif. Jadi menurut kuantum fizik, semakin banyak perkara positif akan timbul dalam hidup kita. Masalah juga akan semakin kurang dalam hidup kita.
Kita mesti bertanya soalan kepada Minda Bawah Sedar dan kita akan dapat jawapan kepada soalan tadi.
Jadi kita mestilah selalu bertanya soalan kepada Minda Bawah Sedar. Jawapan kepada soalan ini akan mempengaruhi kualiti hidup kita.
Soalan Pertama yang perlu anda Tanya bila anda menghadapi masalah adalah
APAKAH YANG SAYA BOLEH BELAJAR DARI MASALAH INI?
Masalah tadi mungkin berpunca dari kita yang tidak mengenali dan mengamalkan Hukum Tarikan, maka kita mestilah membetulkan corak pemikiran kita. Jika ia berpunca dari seseorang yang menyalahi Hukum Tindakan dan Tindakbalas, iaitu melakukan kesalahan seperti rasuah, maka ia akan menerima tindakbalasnya. Maka ia mestilah membetulkan tindakannya untuk mengelakkan masalah di masa hadapan.
Jika masalah adalah teguran dari Allah maka, ia mestilah melihat apa yang perlu dipelajarinya dari masalah ini. Jika ia merupakan ujian dari Allah, maka ia perlulah bersabar , bersyukur dan redha. Maka ujian itu akan selesai dengan cepat dan kejayaan yang lebih besar akan dicapai.
Jika kita tidak belajar dari masalah tersebut, maka masalah tersebut akan berulang – ulang sehingga kita dapat belajar dari masalah tersebut. Seperti yang saya sebut tadi, jika kita belajar dari masalah dan kesilapan orang lain, maka masalah ini akan dapat dielakkan dalam hidup kita.
SOALAN KEDUA
APAKAH YANG BAGUS TENTANG MASALAH INI?
ATAU
APAKAH YANG BOLEH JADI BAGUS MENGENAI MASALAH INI?
Jika seseorang ditipu RM1000 , maka dia boleh berjaga – jaga supaya dia tidak kena tipu lagi. Maka dia belajar dari kesilapannya. Juga dia patut bersyukur kerana tidak kerugian RM2000 . Dalam setiap masalah tanyalah apa yang bagus tentang masalah ini. Jika tiada tanyalah apa yang boleh jadi bagus tentang masalah ini? Soalan ini akan melatih minda supaya sentiasa mencari aspek positif dalam setiap masalah.
SOALAN KETIGA
BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENGATASI MASALAH INI?
ATAU
BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENGATASI MASALAH INI DAN MERASA SERONOK MELAKUKANNYA?
Ambillah langkah – langkah yang perlu untuk mengatasi masalah ini
SOALAN KEEMPAT
BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENCEGAH MASALAH INI DARI BERULANG?
Ambillah langkah – langkah pencegahan
LANGKAH KELIMA INI MERUPAKAN LANGKAH PALING PENTING IAITU
LUPAKAN MASALAH TERSEBUT
Jika kita tidak melupakan masalah tadi dan asyik berfikir tentang masalah tadi, maka menurut Hukum Tarikan dan Kuantum Fizik maka masalah ini akan menjadi lebih besar dan besar walaupun kita cuba mengatasinya. Masalah lain juga akan mula timbul.
Bagaimana kita boleh lupakan masalah tadi? Caranya adalah dengan menumpukan perhatian pada perkara yang positif.( rujuk blog mengenai menumpukan perhatian pada perkara positif)
Jika kita memikirkan berkenaan masalah, ia mestilah dalam kontek (hubungan ) empat soalan tadi. Jika ia tidak berkaitan dengan 4 soalan tadi , maka lupakan masalah tadi. Iaitu kita hanya berfikir apa yang perlu dipelajari dari masalah itu, apa yang bagus tentang masalah itu, cara mengatasinya dan cara mencegahnya. KEMUDIA LUPAKAN MASALAH TERSEBUT. Maka kita akan dapati masalah semakin lenyap dari hidup kita.Kita perlulah bersyukur dengan apa yang ada, bersabar , redha dan pada masa yang sama berusaha mengatasi dan mencegah masalah tadi.
Sekian.
Sumber:..... Alamak da lupa.. sorry...