Apakah ciri wanita idaman lelaki moden? jeng… jeng… jeng…. kalau dulu mungkinla boleh dikatakan bila sebut je pasal wanita idaman lelaki, mesti salah satu cirinya adalah yang pandai memasak, menjahit, kemas rumah, cantik dan bla…. bla…. bla… tapi tu semua cerita dulu jack, lelaki sekarang ni dah demand lebih. tu semua dah tak penting sangat dah.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik universiti York, Dr. marcel zentner ( amboi susah benor rasanya nak tulis nama die..) ciri utama wanita yang akan dipilih oleh lelaki moden adalah seorang yang pintar. Ini kerana menurut pakar psikologi menyatakan bahawa dengan memiliki teman yang pintar sekurang-kurangnya dapat mambantu golongan lelaki menyelesaikan masalah terutamanya dari segi kewangan. Maklumla sekarang ni kan semua melibatkan duit, jadi agak sukar jika hanya lelaki sahaja yang menanggung beban ini. Mungkin faktor ini menyebabkan pemikiran lelaki moden berubah.
Selain daripada itu, peratus juga menunjukkan bahawa jumlah wanita yang pintar adalah lebih tinggi daripada lelaki ( kaum lelaki terpaksa bersetuju dengan hakikat ini…. Tapi kaum lelaki ni walaupun die kurang bijak, tapi pemikiran die lebih rasional berbanding wanita yang bijak? kan… kan?? sape setuju turun tangan…. hehe). Dan akhir sekali, faktor ini mungkin disebabkan oleh peningkatan dalam taraf hidup manusia.
Jadi untuk kaum wanita, biar muka tak cantik asal otak bergelige dan tak lupa bau mesti wangi ye. hehe..peace yooo J