Limau nipis Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi. Bunga Cengkih Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut. Kapur sirih Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limau nipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi. Jintan putih Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.
Bila sakit ulser di bibir nak cakap pun susah, apatah lagi nak makan. Ya Ampun pedih sungguh. Orang kata kumur dengan air garam mungkin boleh hilang. Tapi penulis tak tahulah kepastian cara sebegini. Ataupun minum air masak banyak mungkin boleh kurangkan sakit. Bukan itu sahaja, ada setengah makanan juga perlu dielakkan jika anda sedang alami sakit ulser di bibir. Jika teruk sangat, pergilah jumpa doktor takut dikhuatiri jangkitan kuman/bakteria pula.
Elakkan makanan masam Makanan masam boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser. Kalau boleh elakkan makanan masam seperti buah limau, oren, lemon dan banyak lagi. Vitamin B Seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 akan lebih mudah untuk mengalami ulser. Jika anda kekurangan zat besi dan B12 maka ulser yang tumbuh munkin akan lebih parah. Suplemen vitamin B 12, suplemen B9, serta makanan yang banyak mengandungi zat besi boleh membantu mencegah dan menyembuhkan ulser. Air dan baking soda Air dan baking soda yang telah dicampurkan diletakkan pada bahagian ulser. Perlahan-lahan kerana anda akan mengalami rasa pedih tetapi semakin pedih yang anda rasakan, semakin berkesan ubat ini bekerja. Bahan campuran air dan baking soda ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di bibir. Air kelapa Kadang-kala ulser datang disebabkan oleh panas dalam tubuh yang berlebihan. Jadi, air kelapa dipercayai dapat memberikan kesan sejuk. Air kelapa untuk menstabilkan panas tubuh dan mengurangkan ulser. Air dan garam Air yang dicampur garam ternyata juga salah satu cara untuk mengatasi ulser. Kumurkan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang ditimbulkan oleh ulser. Air garam juga dipercaya dapat mengurangkan jangkitan pada mulut anda. Gliserin Anda boleh mendapatkan gliserin di farmasi atau pasar raya berdekatan dengan rumah anda. Gliserin boleh mengurangkan pengeluaran air liur yang membuatkan ulser semakin dijangkiti. Dengan itu, gliserin boleh membantu penyembuhan ulser anda. Vitamin C Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, selain mengambil suplemen vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan yang hampir sama dalam mengatasi ulser. Memperbanyakkan penggunaan vitamin C juga dapat membantu proses penyembuhan ulser. Tidak mudah untuk bangun pagi setiap hari. Kalaupun boleh, itu kerana Anda ada urusan penting yang sedang Anda kejar dan membuat Anda bersemangat. Stretch
Paksa tubuh Anda untuk melakukan pemanasan. Sekalipun mata masih terpejam, namun paksa dan gerakan tubuh dikatil untuk meregang. Cara ini secara automatik akan menjadi alarm yang lebih efektif bagi tubuh untuk membuat Anda bangun. Minum air kosong Siapkan segelas air kosong di meja bersebelahan dengan katil anda. Minum segelas air sampai habis untuk mengembalikan kelembaban tubuh anda. Cara ini sekaligus membantu menstimulasi saraf serta merangsang pencernaan untuk membuang yang tidak diperlukan tubuh. Dengarkan musik yang bertempo sederhana. Jangan paksa diri Anda terus mendengarkan lagu rancak, kerana akan membuat Anda bad mood. Cari lagi bertempo sederhana ( Nasyid ) yang perlahan akan menggiringi pagi Anda untuk lebih bersemangat. Perlahan, baru ganti lagu Anda dengan yang lebih rancak. Nyalakan lampu Nyalakan lampu atau pergilah menuju keluar kamar untuk menghirup udara segar. Merasakan udara segar akan membuat Anda benar-benar bangun dan konsentrasi mulai meningkat. Tarik nafas dalam-dalam Tarik nafas dalam-dalam kemudian keluarkan perlahan untuk mengumpulkan konsentrasi dan membuang sisa letih Anda semalam. Mengatur nafas, juga efektif untuk merelakskan tubuh Anda, sehingga Anda boleh menjadi lebih tenang menjalankan aktiviti di pagi hari. Mandi pagi Jangan takut air. Bergerakrlah kebilik mandi dan nikmati mandi pagi dengan air yang segar. Air panas lebih baik dinikmati di malam hari saat otot memerlukan relaks Yang jelas, Anda boleh menjadi morning person, Anda harus mencukupkan jam tidur dan istirahat Anda. Jauhkan diri dengan gadget atau menonton film dan membaca buku ketika hendak tidur. Tidur yang cukup dapat membuat tubuh lebih segar, serta berat badan terjaga. Menyimpan wang adalah amat penting. Menyimpan wang adalah asas kepada pengurusan kewangan. Dan menyimpan wang akan memberikan anda kuasa. Ramai orang masih lagi belum tahu kepentingan dan faedah menyimpan wang. Bagi kebanyakan orang, menyimpan wang secara konsisten adalah amalan kuno, hanya untuk kanak-kanak dan tidak tidak praktikal untuk dilakukan. Mereka percaya, wang yang ada perlulah dibelanjakan untuk keperluan hidup dan apa saja urusan yang memerlukan wang. Sebenarnya, menyimpan wang adalah amat penting. Bagi orang yang tahu kepentingan menyimpan wang, mereka akan berkata seperti ini: "All days are not the same. Save for a rainy day. When you don't work, savings will work for you." -M.K. Soni Dalam artikel kali ini, saya akan bentangkan 10 sebab, kenapa anda perlu menyimpan wang! 1. Sebagai Tabung Kecemasan. Seperti petikan ungkapan M.K Soni di atas, hidup tidak sentiasa mudah, ada harinya, kita akan diuji dengan dugaan-dugaan tertentu dan saat-saat kecemasan seperti jatuh sakit atau kereta rosak dan sebagainya. Oleh itu, dengan memiliki duit simpanan, ianya akan dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi tersebut tanpa perlu meminta-minta pertolongan daripada orang lain. Dengan memiliki wang simpanan sendiri, anda lebih tenang dan cekal menghadapi saat-saat kecemasan jika ianya berlaku pada bila-bila masa. 2. Sebagai Deposit Untuk Tujuan Membeli Harta. Pada masa-masa tertentu, sudah pasti anda akan berhajat untuk memiliki rumah atau kereta. Harta-harta ini akan memberikan nilai tambah dalam kehidupan anda dan memenuhi keperluan hidup anda. Dengan memiliki wang simpanan sendiri, anda boleh membayar deposit atau wang pendahuluan untuk membeli rumah atau kereta. Bayangkan jika anda tidak mempunyai wang simpanan, sudah pasti anda hanya mampu melihat orang lain bergembira kerana dapat membeli rumah dan kereta idaman mereka. Menyimpan wang membolehkan anda membeli sesuatu yang anda ingini dan mahukan. 3. Memberi Ketenangan Fikiran. Tidak dinafikan lagi bahawa, dengan memiliki sejumlah wang dalam akaun simpanan, fikiran anda akan menjadi lebih tenang. Ini kerana, anda tidak akan merasa risau jika tiba-tiba anda perlu menggunakan wang bagi tujuan-tujuan tertentu. Orang yang memiliki RM500 dalam akaun simpanannya akan merasa tenang berbanding orang yang tidak memilliki wang simpanan sebanyak RM500. Orang yang memiliki RM5,000 dalam akaun simpanannya akan sentiasa merasa kuat dan bersedia untuk berdepan dengan urusan-urusan yang memerlukan pembayaran menggunakan wang. Seterusnya, orang yang memilki RM50,000 dalam akaun simpanannya akan sentiasa mereka sihat dan berani untuk mengambil apa-apa risiko terutamanya berkaitan pelaburan. Sudah pasti anda dapat melihat perbezaan antara ketiga-tiga orang di atas ini. Keadaan dan cara mereka berfikir serta bertindak adalah berbeza disebabkan faktor jumlah simpanan yang mereka miliki. Dengan memilliki wang simpanan yang lebih banyak, secara tidak langsung ia akan memberi lebih ketenangan fikiran kepada anda. 4. Membolehkan Anda Membantu Keluarga. Dalam satu keluarga, bukan semua ahlinya senang. Mungkin ada di kalangan adik beradik, sepupu, ayah dan mak saudara kita berada dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan. Dengan memiliki wang simpanan, kita menjadi orang yang berkemampuan untuk membantu mereka. Jika bukan kita sendiri yang membantu keluarga, tak kan nak harapkan orang lain? Oleh kerana itu, apabila kita sentiasa bersedia dengan wang simpanan kita, kita dapat menunaikan tanggungjawab kita untuk membantu ahli keluarga kita. Pasti anda tertanya-tanya, jika wang simpanan kita digunakan untuk membantu keluarga, sudah pasti sia-sia sahaja usaha kita menyimpannya, malah orang lain pula yang menggunakannya. Sebenarnya, jika kita berniat ikhlas untuk membantu orang lain terutamanya keluarga sendiri, insyaAllah akan memulangkan kembali wang kita dalam bentuk dan cara yang lain. Hal itu usah kita risaukan. Yang penting kita dapat membantu keluarga kita dan lihatlah ikatan kekeluargaan akan menjadi lebih erat dan insyaAllah apabila kita pula dilanda kesusahan satu hari nanti, keluarga kitalah yang akan datang untuk membantu kita pula. =) 5. Sebagai Alat Untuk Tujuan Pelaburan. Menyimpan wang semata-mata memang tidak akan dapat memberikan apa-apa kesan kepada anda. Sebaliknya, jika wang simpanan yang terkumpul itu dilaburkan kepada medium pelaburan yang selamat dan meyakinkan, wang anda akan bertambah berlipat kali ganda. Terdapat dua jenis pelaburan yang utama iaitu pelaburan pada ilmu dan satu lagi adalah pelaburan untuk menggandakan wang. Kedua-dua jenis pelaburan ini memerlukan wang untuk dilaburkan terlebih dahulu dan jika anda memilih untuk melaburkan wang untuk ilmu, anda akan menjadi lebih bijak untuk membuat pelaburan lain yang akan menghasilkan pulangan wang yang lebih besar untuk anda. Pokok pangkalnya, ia bermula dengan wang simpanan yang anda ada. 6. Wang Sebagai Alat Untuk Membeli Kebahagiaan. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan poin di atas. Memang benar, wang bukanlah segala-galanya dan ia tidak sepatutnya diletakkan terlalu tinggi sehingga dijunjung untuk membeli kebahagiaan. Wang perlu diletakkan pada tempat yang betul. Jika wang digunakan dengan sebaiknya, ia akan memberi banyak manfaat dan membolehkan kita membeli kebahagiaan yang kita mahukan. Orang yang tidak memiliki wang masih boleh mengecapi kebahagiaan, tapi kebahagiaan tersebut adalah pada had-had tertentu sahaja. Sebaliknya, bagi orang yang memiliki wang simpanan, kebahagiaannya adalah lebih dan mereka boleh memilih untuk mendapatkan kebahagiaan yang lebih besar. Anda bebas untuk tidak bersetuju dengan pendapat ini, tapi sudah pasti pendapat anda juga akan berubah sekiranya anda memiliki sejumlah wang yang besar dalam akaun simpanan anda, hasil daripada usaha menyimpan wang yang anda lakukan. 7. Untuk Persediaan Perkahwinan. Perkahwinan adalah sesuatu yang halal dan menjadi sunnah nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W. Dengan berkahwin, kita menjadi insan yang lebih terkawal dan insyaAllah hidup kita akan menjadi lebih sempurna. Tapi umum mengetahui, soal perkahwinan memerlukan kos yang agak tinggi. Walau seringkas manapun sesuatu majlis, ia tetap memerlukan wang untuk dibelanjakan contohnya untuk menjamu orang makan di majlis walimatulurus. Dengan memiliki wang simpanan sendiri, anda boleh merancang untuk berkahwin dan tidak perlu menangguhkan hasrat suci tersebut ataupun terjebak dengan jerat pinjaman peribadi (personal loan) yang akan mengikat kewangan anda setiap bulan sehingga ke hari tua. InsyaAllah jika anda berusaha menyimpan wang dengan konsisten untuk tempoh masa tertentu, anda akan bersedia untuk berkahwin dan membina keluarga sakinah untuk kemakmuran masyarakat Islam khususnya dan negara amnya. 8. Memberi Peluang Untuk Keluar Melancong. Melancong ke luar negara bukan lah sesuatu yang tidak mampu kita lakukan. Malah dengan teknologi dan kemudahan terkini, melancong ke luar negara menjadi lebih mudah dan pada harga yang berpatutan. Apabila kita keluar melancong ke luar negara, kita akan mendapat ilmu baru, pengalaman baru serta mendapat kenalan baru. Ia akan meluaskan lagi pandangan kita tentang kehidupan dan menjadikan kita insan yang lebih matang dan sentiasa insaf akan kebesaran Allah S.W.T yang Maha Kuasa mencipta alam ini. Dengan memiliki wang simpanan, kita berpeluang untuk keluar melancong dan tidak hanya terperap di negara sendiri umpama seekor katak di bawah tempurung. 9. Boleh Membalas Jasa Kedua-dua Ibu Bapa. Sehebat mana pun diri kita, dan setinggi mana pun kita diangkat, janganlah dilupa 2 orang yang amat penting dalam hidup kita, iaitu ibu bapa kita. Mereka lah yang membolehkan kita lahir di dunia ini dan melihat keindahan alam, dan mereka jugalah yang sanggup berkorban apa saja untuk membesarkan kita serta melihat kita berjaya. Pengorbanan dan kasih sayang yang mereka curahkan kepada kita tiada tolok bandingnya di dunia ini dan tidak mungkin kita dapat membalas segala-galanya yang datang daripada mereka. Dengan memiliki wang simpanan, kita boleh gunakannya untuk membalas jasa dan budi mereka terhadap kita. Memang wang yang kita berikan tidak bernilai langsung kepada mereka, tapi dengan memberi sedikit wang kepada mereka atas tanda berterima kasih, ia sudah cukup untuk menggembirakan hati mereka. Jadilah anak yang soleh dan solehah dengan menyayangi ibu bapa kita dengan sepenuh hati. Bantu mereka ketika mereka sudah tua dengan menggunakan wang yang kita ada dan doakan kesejahteraan mereka sentiasa. InsyaAllah hidup kita akan diberkati Allah S.W.T. 10. Sebagai Satu Persediaan Untuk Hari Tua. Jika boleh, simpan wang dan jangan keluarkan untuk apa sebab sekalipun. Wang simpanan yang terkumpul ini akan boleh digunakan untuk hari tua anda nanti. Oleh kerana itu, slogan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah Simpanan Hari Tua Anda. Simpanan untuk hari tua adalah amat penting supaya apabila sampai masa itu, kita sudah tua dan tidak kuat untuk bekerja, kita masih mempunyai wang untuk digunakan untuk perbelanjaan harian tanpa perlu mengharapkan belas ehsan daripada orang lain walaupun anak-anak kita sendiri sekiranya mereka sendiri tidak berkemampuan. Zarah yg wujud dlm emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori2 dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandung atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas). Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.
Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal,tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah charles bronson, ralph waldo emerson, ronald reagan dan sugar ray robinson. Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas? Jawapannya adalah.. "Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi." itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas. itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih 1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains. Dlm satu hadis nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yg kecil. Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR. Bukhori & Muslim) Wallahua'lam." Kebanyakan orang percaya sushi berkhasiat, makan kalori rendah, tetapi penyelidikan baru menunjukkan ia sebenarnya tidak baik untuk anda. Satu kajian telah mendedahkan bahawa orang yang kerap makan sushi boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit jantung. Para penyelidik dari Rutgers University, mendapati bahawa makan banyak sushi boleh meletakkan seseorang dalam bahaya berdasarkan pendedahan kepada tahap merkuri yang digunakan. Mereka berkata ikan mengandungi methylmercury boleh menyebabkan penyakit jantung, masalah otak dan pembangunan sistem saraf dan menurunkan prestasi kognitif. Para penyelidik yang menerbitkan penemuan mereka dalam Journal of Risk Research, juga menyatakan bahawa methylmercury boleh mengatasi kesan positif pada omega -3 asid lemak. Omega -3 asid lemak mengurangkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko beberapa jenis kanser, penyakit jantung, tekanan darah, strok dan kelahiran pra-matang. Para saintis menemubual lebih daripada 1,200 orang ramai mengenai penggunaan sushi dan produk ikan lain. Mereka juga mengukur tahap merkuri dalam sampel sushi dari seluruh Amerika Syarikat. Mereka mendapati bahawa 92 peratus daripada orang memakan purata lima hidangan ikan setiap bulan. Tuna besar seperti Bluefin Atlantik didapati mengandungi tahap tertinggi merkuri. Belut, ketam, ikan salmon dan rumpai laut semua mempunyai tahap yang lebih rendah methylmercury. Malah, para wanita yang sedang mengandung perlu menghadkan jumlah pengambilan tuna dalam seminggu, mungkin boleh makan dalam kuantiti yang sedikit. Tuna mengandungi tahap merkuri yang boleh merosakkan sistem saraf bayi.
Sebenarnya, kita semua adalah orang yang hebat, namun kekadang kita tidak nampak akan kehebatan itu, dan memerlukan orang lain untuk menunjukkan kehebatan itu kepada kita. Perkara pertama adalah Keunggulan dari segi mental. Dalam situasi ini menunjukkan seseorang itu perlu hebat dari segi cara pemikirannya. Orang yang hebat akan dapat mengawal emosinya. Walaupun dia berhadapan dengan cabaran dan rintangan yang melanda, namun tidak tidak akan berputus asa. Sebaliknya, cabaran dan rintangan itu akan diharungi dengan penuh semangat dan sebagai satu bentuk untuk mencabar kehebatannya. Berbeza dengan orang yang tidak hebat, yang akan gagal dan putus asa serta tewas dengan emosi negatifnya apabila dihadapkan dengan sesuatu masalah. Orang yang hebat akan menjadikan cabaran itu sebagai langkah untuk lebih berjaya. Malah, mereka yang hebat itu tahu bahawa cabaran dan masalah yang ada itu adalah sebagai satu bentuk situasi untuk menambahkan usaha yang perlu dilakukan. Perkara kedua yang ada pada orang yang hebat adalah Kestabilan fizikalnya. Kestabilan fizikal bukan bermaksud memiliki bentuk badan yang ideal, sebaliknya kestabilan ini berlandaskan kepada aktiviti seharian yang dilakukan. Semakin sibuk kehidupan kita pada masa kini, (yang bekerja mahupun yang masih belajar) kekadang kita terlupa untuk mengaktifkan fizikal kita. Seharusnya kita memperuntukkan sedikit masa untuk melakukan senaman untuk memastikan badan kita sentiasa kekal cergas dan aktif. Jika tidak mampu pergi ke gimnasium, cukup sekadar berjoging atau melakukan skipping di halaman rumah. Atau sekurang-kurangnya kita boleh menukarkan aktiviti berkereta dan bermotosikal dengang berjalan untuk ke lokasi yang dekat seperti ke kedai atau ke surau. Dengan berjalan, kita akan melakukan aktiviti fizikal yang diperlukan dalam badan kita. Perkara ketiga dalam diri orang yang hebat adalah Dapat mengawal spiritual (kejiwaannya). Semakin hebat kejayaan kita, seharusnya kita semakin dekat dengan PENCIPTA kita. Jika kita menjadi semakin dekat dan berjaya menguatkan spiritual kita, maka kehebatan diri kita akan menjadi lebih terserlah dan meyakinkan. Namun, jika kita semakin jauh dan lalai, rasanya kejayaan dan kehebatan yang dikecapi adalah satu bentuk penghinaan untuk terus melalaikan kita daripada keredhaanNya… Nilai diri sama ada hebat atau tidak. Jika belum, marilah sama-sama kita usahakan untuk memburu kehebatan itu. Dan jika sudah berjaya mari kita kekal dan tingkatkan kehebatan itu untuk menjadi lebih baik kepada diri kita dan kepada orang di sekeliling kita….
Cari di Google “improve brain power” dan anda akan jumpa pelbagai tip, teknik, buku, dan permainan menunjukkan bagaimana anda boleh meningkatkan kuasa minda anda. Kebanyakkannya melibatkan senaman fizikal, nutrisi seimbang dan senaman mental yang kompleks. Sungguh seronok jika semua orang mengamalkan tip-tip ini, amat meragui jika selepas membaca nasihat seperti ini anda akan mula berjoging selama sejam setiap pagi dan tukar diet anda dengan menggabungkan lebih fiber dan asid lemak omega-3. Beberapa orang tidak buat seperti ini walaupun mereka mempunyai risiko menghadapi sakit jantung! Adakah cara yang lebih mudah untuk memberi rangsangan kepada fungsi otak? Ada! 1. Tukar posisi tetikus anda. Ya, ianya semudah begitu. Dengan menukar posisi tetikus anda (bagi tangan kanan, tukarkan kekiri manakala yang kidal tukar ke bahagian kanan) anda akan paksa menggunakan tangan bukan dominan. Ini akan merangsang hubungan neural antara kanan dan kiri hemisfera dalam otak. Kajian saintifik mengesahkan, manusia yang menggunakan kedua-dua tangan, samarata, mempunyai 10% lebih saraf fiber yang bercantum kedua belah otak,kiri dan kanan. Anda mungkin ingin lakukan sebanyak aktiviti yang mungkin dengan tangan bukan dominan, tetapi ianya seperti menyusahkan. Saya telah cuba memberus gigi menggunakan tangan kiri untuk tiga hari atau lebih, apa yang saya dapat adalah tartar di gigi menjadi semakin bertambah. Menggunakan tetikus pada tangan yang sebaliknya adalah sesuatu yang mudah untuk diamalkan dalam seharian. Pada dua hari yang pertama akan terasa pelik, dan anda mungkin perlu tukar semula apabila perlu melakukan kerja yang memerlukan penggunaan tetikus yang kerap. Selepas fasa meng-adaptasi aktiviti ini, anda dapat menggunakan komputer dengan mudah menggunakan kedua belah tangan. 2. Paksa diri anda untuk ingat Kadang kala anda mahu mengingati nama sesuatu lagu atau nama kawan lama yang terlintas difikiran. Ianya ada, dihujung lidah anda, tetapi anda tidak ingat. Apa yang anda lakukan bila berlaku seperti ini? Mungkin bertanya kawan yang hampir, dan apabila anda ingat anda berkata ‘Oh yela! Itu la dia.’ Lain kali perkara ini berlaku, anda paksa diri anda untuk ingat. Otak boleh dirangsang seperti otot dan lebih banyak anda lakukan, otak anda akan jadi lebih kuat. Ini boleh dipanggil senaman otak. Jangan hadkan diri anda untuk mengingat. Adakah anda panggil ibu anda untuk mendapatkan nombor telefon pak cik anda? Lupakan kertas dan pen – anda boleh ingat. Cuba lihat keypad telefon, cuba mencipta gambaran apakah urutan nombornya. 3. Main permainan yang melibatkan berfikir Anda tidak perlu menyertai dalam Olimpik Matematik untuk meregangkan kemampuan minda anda. Tidak, permainan dan aktiviti yang mudah seperti sudoku atau silangkata sudah memadai untuk memberi impak ketara pada prestasi otak anda. Kebiasaan amat penting disini, cuba untuk menggabungkan permainan ini atau senaman dalam rutin anda. Anda boleh membawa buku silangkata atau telefon pintar yang mempunyai permainan ini setiap hari. 1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan. Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.” 2) Berkomunikasi dengan minda ke minda Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda. Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras. 3) Daya magnet dalam fikiran beremosi Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran. Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya. 4) Mengawal minda untuk lebih berjaya Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya. 5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi. 6) Minda teransang melalui solat dan doa Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus. Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa. p/s: berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan. Fikiran menjadi emosi. Emosi menjadi tindakan. Tindakan menjadi tabiat. Tabiat menjadi penentu kejayaan atau kegagalan kita. Jadi, bangsa melayu perlukan revolusi minda. Mengejar kemajuan dan nama tidak mendatangkan kebaikkan bahkan kita menuju kehancuran. Kita perlukan suatu anjakan paradigma yang positif. |
KedaipadaidikPadaedik diambil dari bahasa bugis "Padaedik padaelok" yang membawa makna "Sesama kita berbaiklah" yang juga membawa erti sayang menyayang dan tolong menolong. Archives
August 2015
Categories
All
|