Wahai kaum lelaki sekalian, anda tahu tak apakah kesan sekiranya anda membuatkan wanita ketawa? mesti anda semua tak tahu. kan…. kan…. ? Pada sesiapa yang tahu tu, tolongla buat-buat tak tahu ye heheheh . Jadi kepada sesiapa yang berminat nak tahu tu, jom baca artikel ni sampai habis. meh cepat meh. hehe..
Kalau kita perhatikan, anda perasan tak seorang lelaki yang kelakar lebih mudah untuk menarik perhatian seorang wanita berbanding seorang lelaki yang kacak. Jadi apakah yang menjadi punca perkara ini berlaku? .
Mengikut kajian psikologi yang telah dilakukan terhadap wanita, seseorang wanita akan lebih mudah untuk mengingat kepada lelaki yang membuatkan mereka ketawa berbanding daripada lelaki yang serius. Saintis memperumpamakan seperti sekali seseorang lelaki membuatkan wanita ketawa, 10 kali wanita tersebut akan mengingati tentang mereka.
Cuba bayangkan kalau anda seorang lelaki yang super kelakar, sehari ada je lawak yang nak dibuat. Dalam sehari lebih 20 kali anda membuatkan wanita ketawa. Anda rasa berapa kali ganda wanita tersebut akan ingat kepada anda? Anda kira la sendiri ye, top bab kira-kira ni memang failed sikit. Sebab tu tak boleh jadi engineer.. haha..
Jadi marilah kita sama-sama mengelakarkan diri ye. ( tak boleh bla.. haha) sebelum mengundurkan diri, top nak tanya sikit pada pembaca artikel ni, adakah anda merasakan artikel ni fakta atau auta? peace yawwww…… hehe