Alhamdulillah sekali lagi kerana tidak putus memberi rezeki kepada hambaNYA yang lemah ini…Dan kepada mereka2 yang telah membeli perfumes, harap anda berpuasa hati moga rezeki anda jgk bertambah2.
Semalam ada seorang hamba ALLAH, bertanya betul ker perfumes tu??? Kenapa dan mengapa ada perfumes reject??? D’sini sy ingin berkongsi sedikit informasi tentang perfumes reject…kata org klu kita kongsi ilmu insyaALLAH ilmu kita akn bertambah2…hehe :)
Pasti anda pernah mendengar Factory outlet dan rejectshop terkenal kerana pakaian reject berjenama. Tetapi Pernahkah anda mendengar mengenai perfumes rejected?
APAKAH ITU PERFUMES REJECT?
Reject bererti kecacatan dibahagian bungkusan , botol label dan sebagainya dimana ia tidak sesuai dijual di kaunter.
FACTORY MINOR DEFECT
Biasanya perfumes yang dijual di kaunter 100% sempurna dari segi bungkusan (kotak) dan sebagainya, reject perfumes adalah sebaliknya SHIPMENT FAULT Kebiasaannya, apabila sa,[ai ke negara penerima, bungkusan mengalami kerosakkan dan tidak sesuai dijual di kaunter .
BARANGAN CONTOH (TESTER )
Setiap jenama baru yang dikeluarkan akan dipromosikan di kaunter-kaunter seluruh dunia. Barangan promosi akan diperuntukkan di setiap kaunter dan akan dilabelkan sebagai " tester not for sales". Akan tetapi, Kadang-kadang terdapat juga lebihan stok promosi dimana produk ini tidak boleh dijual di kaunter.