0.2 Sentiasa Bersyukur – Tidak ada kesudahannya jika terlalu ego dengan asyik membandingkan diri dengan kelebihan orang lain. Ada baiknya cara kekuatan untuk menjayakan diri.
0.3 Menjadi Pemaaf – Berfikiran negatif, memendam rasa, seringkali melepaskan kemarahan akan memburukkan kesihatan mental.
0.4 Lawan Pemikiran Negatif – Kenalpasti pemikiran negatif supaya ia boleh dikawal. Tempis pemikiran ini dan cari cara sifat positif disebaliknya.
0.5 Tambah Sahabat – Gembiranya apabila mendapat sahabat yang baik sentiasa mengambil berat kepada kita. Ada pakar berpendapat, hidup keseorangan akan menambahkan tekanan dan kemurungan.
0.6 Kongsi Masalah/Kegembiraan Kepada Keluarga – Pada yang telah berumahtangga, utamakan suami/isteri. Berbincang dan berkongsilah masalah, kegembiraan kepada pasangan. Pasangan yang memahami akan memberi anda pendapat dan akan menenangkan diri anda. Suami/isteri adalah orang yang paling sesuai untuk berkongsi kerana perkhawinan telah mengikat diri untuk menerima anda seadanya.
0.7 Lemparkan Senyuman – Mulakan dengan menghadiahkan senyuman kepada orang lain walaupun tidak dikenali. Bukan sahaja anda senang hati tetapi mereka juga berpendapat anda seorang yang positif.
0.8 Menerima Diri Seadanya – Terimalah diri seadanya dengan tenang. Kemampuan ada hadnya. Jadi jangan paksa diri kita membuat sesuatu di luar kemampuan.