Letih dan mengantuk sepanjang masa membuatkan anda ingin tidur walaupun di siang hari. Tapi apakah puncanya rasa berpanjangan letih dan mengantuk. Ada 12 sebab mengapa dan kenapa ? Tapi hari admin nak kongsi 5 sebab je, kalau banyak2 takut letih n ngantok pulak baca artikel panjang2 hehehhe….
Letih dan mengantuk boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
1. Kekurangan tidur.
2. Makan terlalu sedikit atau makanan tak seimbang. Makan hendaklah seimbang, makan jenis makanan yang salah dan tak seimbang boleh menjadi punca keletihan.
3. Diabetes - menghalang gula ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan oleh sel-sel badan anda. Walaupun anda sudah cukup makan tapi masih letih. Jumpa doktor dan minta doktor periksa darah untuk mengesan diabetes.
4. Penyakit Jantung – Bila anda berasa letih selepas mengemas rumah atau mendaki tangga, ini mungkin petanda sakit jantung. Lawati doktor anda untuk memastikanny.
5. Kemurungan - Kemurungan boleh menyebabkan gejala fizikal selain emosi. Keletihan, sakit kepala dan hilang selera makan adalah antara gejala fizikal yang biasa. Jika anda berasa letih dan murung selama lebih daripada beberapa minggu pergilah jumpa doktor anda. Jika kemurungan di rawat, keletihan pun akan hilang sama.
Ada kalanya bukan sebab perubatan sahaja, sebaliknya hanyalah gaya hidup yang mengharapkan pencapaian yang lebih baik menjadikan anda bekerja sehingga lewat, ini juga menyebabkan masalah keletihan dan mengantuk.