Dalam sebuah artikel kesihatan yang sempat saya baca tentang 5 jenis jus buah yang kaya khasiat bagi kesihatan kita. Di mana diterangkan bahawa para ilmuwan telah menemukan khasiat daripelbagai buah, antaranya
Membantu jantung, di mana jus delima ini kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanser prostat. Jus ini dilengkapi dengan vitamin A, C dan E serta asid folate yang penting pada tahap awal kehamilan.
Untuk sistem kekebalan proteksi terhadap anemia. Sumber ini merupakan sumber yang paling baik dari vitamin C dan juga sumber asid folate, sebaiknya wanita hamil minum dalam jumlah kuantiti yang banyak. Minum jus oren dengan makanan meningkatkan ambilan besi untuk perlindungan terhadap anemia. Malah, ia juga membantu mencegah radang sendi.
Manfaatnya untuk tenaga, perlindungan kepada jantung. Kaya akan flavonoid yang membantu melindungi jantung. Memiliki 1/3 kadar vitamin C jus oren. Mengandungi banyak gula fruktosa.
Mencegah terjadinya batu karang, proanthocyanidin dalam jus cranberry menghentikan perlekatan bakteria yang berbahaya pada dinding buli-buli, dengan demikian menurunkan terjadinya infeksi saluran kencing. Jus ini mengandungi vitamin C dalam kadar yang sangat tinggi dan jus ini dijual dengan penambahan gula kerana rasanya pahit tanpa penambahan gula tersebut.
Manfaatnya untuk menguruskan badan, jus ini menguruskan badan ini hanya mengandungi 50 kalori/250 ml. Jus tersebut juga mengandungi bioflovonoid yang membantu memperkuat pembuluh darah kapilari, jadi tidak menimbulkan kebocoran pada pembuluh darah dan pembentukan ruang yang mengandungi air pada kulit yang menyebabkan selulit. Dan kandungan likopen dalam tomato telah dikaitkan dengan penurunan risiko terjadinya kanser prostat.